Pemuda UMNO, Pas penunggang agama - Mujahid - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO, Pas penunggang agama – Mujahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Tindakan Pergerakan Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda Pas yang mengugut untuk mengadakan perhimpunan aman berikutan kes penghinaan Nabi Muhammad dianggap sebagai satu tindakan bersifat politik yang ‘menunggang agama’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof tidak melihat kepentingan untuk melakukan sebarang perhimpunan aman kerana pesalah telah dihukum dan dijatuhkan hukuman. 

“Saya mengesyaki ada pihak mahu kekalkan kebencian kepada kerajaan seakan-akan kita tidak menjaga kepentingan agama. Patutnya mereka sokong sebab kita sudah ambil tindakan pantas jatuhkan hukuman, bukan mahu adakan perhimpunan.

“Jadi bagi saya itu lebih pada kepentingan politik mungkin sebab Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih atau saja nk gembar-gemburkan kononnya mereka lebih pertahankan nabi Muhammad daripada orang lain. Ini yang kita kata mereka menunggang agama untuk kepentingan politik mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvokesyen Pondok Peringkat Kebangsaan 2019 dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN