Pemuda hilang dihanyut ombak di Pantai Sudara - Utusan Malaysia

Pemuda hilang dihanyut ombak di Pantai Sudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK 6 Feb. – Seorang lelaki berusia 26 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai berhampiran Sudara Beach Resort, dekat sini, petang ini. 

Ketua Balai Bomba Daerah Bachok, Penolong Penguasa Bomba Yus Heary  Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7 malam. 

Menurutnya, anggota pasukan bomba dan penyelamat tiba di lokasi kejadian pada pukul 7.20 malam menemui anggota keluarga mangsa untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

“Mangsa dikenali sebagai Mohd. Faiz  Abdulllah beralamat B44 Perumahan Kilang Sawit Felda Kemahang, Tanah Merah. 

” Mangsa datang ke lokasi itu untuk menyertai hari keluarga Syarikat Sinar Seterpa Enterprise yang disertai 10 wanita dan 21 lelaki kakitangan syarikat berkenaan, “katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, malam ini. 

Yus Heary berkata, malangnya apabila selesai aktiviti hari keluarga itu, mangsa dikatakan turun ke pantai untuk mandi sebelum lemas dibawa arus ombak. 

Menurutnya, gerakan mencari dan menyelamat diteruskan dan sepanjang malam ini pemantauan pesisiran pantai diteruskan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN