Pembantu kelar tangan, larikan diri dijumpai kelaparan - Utusan Malaysia

Pembantu kelar tangan, larikan diri dijumpai kelaparan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 6 Feb. – Seorang pembantu rumah bot yang dilaporkan melarikan diri ke dalam hutan di kawasan air terjun Sungai Lasir di Tasik Kenyir semalam ditemukan dalam keadaan selamat, petang ini.

Pemuda berusia 22 tahun itu ditemukan petugas rumah bot ketika berjalan menuruni bukit di belakang tandas di kawasan air terjun berkenaan kira-kira pukul 3.25 petang.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, mangsa yang hanya berseluar pendek tanpa memakai baju dan berselipar dijumpai dalam keadaan kelaparan di samping terdapat calar dan luka pada bahagian tangannya.

“Petugas rumah bot yang ternampak kelibat pemuda itu ketika sedang makan di atas bot Bahtera Kenyir House Boat segera bergegas ke arah mangsa dengan menggunakan bot laju.

“Sebaik sahaja melihat keadaan mangsa yang kelaparan, petugas rumah bot itu kemudian memberinya makan di samping merawat luka,” katanya kepada pemberita.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, pemuda yang berasal dari Kampung Temir, Kuala Berang itu dikatakan turut mengelar tangannya sebelum bertindak melarikan diri ketika rumah bot berkenaan berhenti di kawasan rekreasi tersebut. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN