Pemandu treler maut rempuh belakang lori - Utusan Malaysia

Pemandu treler maut rempuh belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 14 Feb. – Seorang lelaki maut selepas treler yang dipandunya  merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 114 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu menyaksikan lori treler dipandu  dan lori yang dipercayai dicuri itu terbalik di kiri jalan.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, semasa kejadian, mangsa, Ahmad Thahir Samsu, 29, dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur.

 “Apabila tiba di tempat kejadian, dipercayai treler dipandu mangsa seorang diri melanggar belakang lori yang dipandu di lorong kiri menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabas ke sebelah kiri dan terbalik. 

“Pemandu dan penumpang lori mengalami kecederaan manakala pemandu treler yang mengalami kecederaan di kepala meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat manakala dua mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN