Pelan pengurusan lalu lintas di Persiaran Kewajipan dilanjutkan - Utusan Malaysia

Pelan pengurusan lalu lintas di Persiaran Kewajipan dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA 27 Feb. – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan melanjutkan pelaksanaan pelan pengurusan lalu lintas di Persiaran Kewajipan dan Persimpangan Lebuhraya Shah Alam (Kesas) yang bermula sejak Jun 2018.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, pelaksanaan itu merupakan pelan jangka pendek bagi menyelesaikan permasalahan kesesakan trafik di kawasan tersebut.

“Untuk pelan jangka panjang penyelesaian masalah itu, MPSJ mencadangkan untuk menaik taraf sistem lalu lintas di kawasan ini dengan membina persimpangan U bertingkat yang akan dilaksanakan oleh pemaju terlibat,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Azfarizal berkata demikian ketika ditemui dalam Mesyuarat Penuh MPSJ Februari 2019 di Bangunan MPSJ, di sini hari ini.

Menurut beliau, lanjutan daripada pemerhatian itu pihaknya mendapati, aliran lalu lintas di Persiaran Kewajipan lancar setelah percubaan kajian lalu lintas bagi tempoh enam bulan dilakukan di lokasi berkenaan.

“Menerusi kajian itu, MPSJ menerima maklum balas yang positif dari penduduk terutamanya di kawasan Subang Jaya yang menyokong pelan pengurusan lalu lintas ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN