PBB tiba di gudang bantuan di sempadan Yemen - Utusan Malaysia

PBB tiba di gudang bantuan di sempadan Yemen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA 26 Feb. – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini memaklumkan bahawa pasukannya tiba di sebuah gudang yang menempatkan bekalan makanan di sempadan Yemen.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres memaklumkan bahawa pasukan Program Makanan Sedunia berjaya memasuki kawasan Red Sea Mills yang menempatkan 51,000 metrik tan gandum.

Bekalan itu mampu membekalkan makanan kepada lebih 3.7 juta penduduk Yemen dalam tempoh sebulan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN