Pasukan khas ditempatkan di enam stesen MRT - Utusan Malaysia

Pasukan khas ditempatkan di enam stesen MRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Satu pasukan khas polis bantuan ditempatkan di enam buah stesen Stesen Transit Aliran Massa (MRT) yang telah dikenalpasti sebagai lokasi panas selepas banyak kejadian jenayah berlaku di kawasan tersebut.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pasukan tersebut yang memakai pakaian biasa akan ditempatkan  di stesen MRT yang terlibat iaitu Taman Mutiara, Batu 11 Cheras, Bukit Bintang, Maluri, Kajang dan Taman Pertama.

“Selepas berlaku insiden pada minggu lalu di di Taman Mutiara Cheras baru-baru ini Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah mengambil langkah berjaga-jaga. Selain itu, kita juga akan menambah bilangan polis bantuan yang akan menjalankan rondaan di 115 stesen MRT setiap hari.

“Selain kewujudan pasukan petugas khas, pihak Prasarana akan meningkatkan aspek keselamatan lain antaranya melaksanakan khidmat pengiring dan menambahbaik lampu di tempat pakir kenderaan serta kamera litar tertutup (CCTV),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Akhbar Kosmo! baru-baru ini melaporkan seorang lelaki bertindak kejam dengan membelasah teruk seorang wanita yang menjadi mangsa samunnya di dalam lif di MRT Taman Mutiara, Cheras di sini Jumaat lalu.

Mangsa yang berusia 48 tahun itu telah ditumbuk dan ditendang beberapa kali di dalam lif tersebut tanpa belas kasihan. 

Suspek juga telah melarikan dompetnya yang berisi MyKad, kad bank serta wang tunai bernilai RM400. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN