Pas sedia ‘buka pintu’ untuk MCA – Idris Ahmad - Utusan Malaysia

Pas sedia ‘buka pintu’ untuk MCA – Idris Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Pas sedia ‘membuka pintu’ untuk menjalinkan kerjasama de­ngan mana-mana parti termasuk MCA dalam menangani isu membabitkan kepentingan rakyat dan negara.

Malah Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menegaskan, MCA tidak akan menjadi jelmaan kepada Pas atau sebaliknya jika kedua-dua parti bersetuju untuk bekerjasama selepas ini.

IDRIS AHMAD
IDRIS AHMAD 

Walau bagaimanapun, Pas akan tetap mempertahankan pendirian dan teras perjuangan parti itu demi menjaga agama dan bangsa seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Tiada masalah jika mereka sedia bekerjasama dengan kita (Pas) untuk menyelesaikan isu sejagat. Dalam konteks sebegini, Pas ‘tak’ jadi MCA dan MCA ‘tak’ jadi Pas.

“Namun, apabila kita mempertahankan agama dan bangsa mengikut Perlembagaan Persekutuan, mereka tidak boleh kata itu perkauman. Itu adalah teras politik kita,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang bersedia be­kerjasama dengan Pas dalam isu-isu membabitkan kepenti­ngan negara.

Dalam pada itu, Idris Ahmad berkata, Pas menyifatkan pendirian dan prinsip parti itu dalam mempertahankan agama dan bangsa tidak bersifat perkauman.

“Kita hidup dalam masyarakat majmuk. Jika kita amalkan perkauman, sudah tentu bangsa lain yang hidup di Kelantan dan Terengganu ditindas.

“Yang salah adalah jika orang Melayu menindas bangsa lain. Adakah kita cakap pasal Islam dan Melayu itu perkauman?” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN