Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis - Utusan Malaysia

Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo yang direman tiga hari bagi membantu siasatan kes melibatkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd. Sabri Abdullah berkata, lelaki itu dibebaskan selepas pihak polis menyelesaikan proses siasatan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Muhammad Azri, 36, direman bermula Isnin lepas bagi membantu siasatan dakwaan serangan ke atas Syed Saddiq di Kajang pada Sabtu.

Dalam kejadian pada pukul 10.45 pagi itu, ahli Parlimen Muar berkenaan mendakwa beliau diserang sekumpulan penyokong pembangkang sebaik keluar dari pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berlangsung di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN