GENEVA 8 Feb. – Palang Merah meminta agar senjata nuklear diharamkan sepenuhnya berikutan amaran risiko peningkatannya yang memberikan kesan teruk jika digunakan nanti.
Jawatankuasa Antarabanga Palang Merah (ICRC) dan Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Pertubuhan Bulan Sabit Merah (IFRC) melancarkan kempen global meningkatkan kesedaran tentang peningkatan ancaman nuklear yang dihadapi dunia.
Dalam kenyataan bersama, sesetengah negara nuklear telah terkeluar daripada ‘obligasi pendirian jangka panjang perlucutan senjata nuklear.
“Mereka ‘menaik taraf gedung, membangunkan jenis senjata nuklear baharu dan membuatkan ia lebih mudah digunakan,” jelas kenyataan itu. – AFP










