Osaka tarik diri Terbuka Qatar - Utusan Malaysia

Osaka tarik diri Terbuka Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pemain No. 1 dunia, Naomi Osaka terpaksa menarik diri daripada menyertai Terbuka Qatar yang dijadualkan berlangsung pada minggu depan kerana mengalami kecederaan di bahagian belakang badannya.

Sebagai rekod, kejohanan Terbuka Qatar sepatutnya menjadi penampilan pertama buat atlet kelahiran Jepun itu selepas mencipta sejarah muncul juara Terbuka Australia buat pertama kali pada bulan lalu.

Namun, pemain berusia 21 tahun itu mengakui terkilan kerana terpaksa mengecewakan penyokongnya di Asia Barat memandangkan kecederaan yang dialaminya selepas aksi final tersebut masih belum pulih sepenuhnya.

“Saya akui agak kecewa tetapi terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri kerana masih dibelenggu kecederaan di bahagian belakang.

“Mungkin tiada rezeki buat saya, namun saya percaya tanpa kehadiran saya sekali pun kejohanan tersebut akan tetap berlangsung dengan meriah dan kompetitif. Saya harap dapat menyertai­nya pada tahun depan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Osaka sebelum ini pernah menarik diri daripada menyertai Terbuka Hong Kong pada Oktober tahun lalu kerana kecederaan yang sama.

Pemain tenis sensasi itu telah merekodkan dua kejuaraan Grand Slam berturut-turut selepas pernah menjuarai Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN