KUALA LUMPUR 14 Feb. – Orang ramai diminta memberikan pandangan berhubung cadangan penutupan Jalan Tuanku Abdul Rahman bermula dari persimpangan Jalan Esfahan (selepas Sogo) sehingga Jalan Melayu (Wisma Bandar) oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Norhaslinda Nordin dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pihaknya sedang menjalankan kaji selidik berhubung perkara itu dan mengalu-alukan pendapat orang ramai.
“Mereka boleh mengambil bahagian dalam kaji selidik ini melalui pautan di https://www.surveymonkey.com/r/JDLXQJB,” katanya. – UTUSAN ONLINE











