Operasi tembak gagak di Jalan Raja Laut Ahad ini - Utusan Malaysia

Operasi tembak gagak di Jalan Raja Laut Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menjalankan operasi menembak burung gagak di sekitar Jalan Raja Laut bermula pukul 2 petang hingga 8 malam, Ahad ini.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Norhaslinda Nordin berkata, kawasan yang terlibat ialah persimpangan Jalan Tun Perak hingga Jalan Dang Wangi, Jalan Esfahan, Jalan Bonus dan Lorong Gombak.

“Operasi ini bertujuan mencegah kawasan itu daripada najis gagak yang menyebabkan kacau ganggu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati melalui kawasan berkenaan pada waktu operasi dilaksanakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×