Nantes tuntut hutang daripada Cardiff - Utusan Malaysia

Nantes tuntut hutang daripada Cardiff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 8 Feb. – Cardiff City kini berisiko berdepan penolakan mata jika mereka tidak menghormati perjanjian yang telah dipersetujui bersama Nantes dan membayar yuran perpindahan Emiliano Sala berjumlah 15 juta pound (RM79 juta) mengikut masa ditetapkan.

Berdasarkan laporan media tempatan, kelab Liga Perdana Inggeris itu masih belum membuat bayaran penuh kepada Nantes selepas Sala ditandatangani.

Dalam pada itu, pakar Undang-undang Sukan, Gianpaolo Monteneri berkata, sekiranya Cardiff terus melewatkan bayaran maka mereka boleh berdepan penolakan mata.

“Jika bayaran tidak dibuat dalam sesuatu tarikh akhir ditetapkan maka ia boleh mengundang kesan yang tidak baik kepada kelab itu sendiri,” kata Monteneri.

Cardiff ketika ini berada di kedudukan ke-18 Liga Perdana Inggeris dan sekiranya mereka dikenakan penolakan mata maka tidak membolehkan kelab berkenaan tersingkir daripada aksi liga utama berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN