SEMENYIH 13 Feb. – Kalau dilihat betapa sesaknya keadaan di Tesco Semenyih ekoran orang ramai yang hadir menggerumuni bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, benarlah kata beliau , “saya pencuri hati rakyat.” Itu juga reaksi ringkas Najib sebagai membalas dakwaan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengatakan beliau seorang pencuri. Jelas Najib, beliau juga tidak menjangkakan sambutan yang begitu luar biasa di pusat beli belah…