ALOR SETAR 4 Feb. – Bimbang masa depan dua anak kandungnya yang mungkin jatuh murtad, seorang wanita membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini untuk mengubah perintah hak penjagaan kekal kedua-dua mereka yang sebelum ini telah diberikan kepada bekas suaminya kepadanya. Wanita terbabit, Noryati Bakar, 51, selaku plaintif memfailkan permohonan tersebut melalui peguam syarie, Ahmad Nawawi Ghazali, pada 24 Januari lalu. Noryati dan bekas suaminya yang juga berusia 51…










