Muhyiddin cadang elaun anggota, pegawai rela dinaikkan - Utusan Malaysia

Muhyiddin cadang elaun anggota, pegawai rela dinaikkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bercadang untuk menaikkan elaun anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) daripada RM6 kepada RM8 sejam manakala RM7.80 kepada RM9.80 sejam bagi pegawai.

Menurutnya, beliau sedang mengusahakan kenaikan elaun itu berikutan ia mempunyai asas kepada 3.1 juta anggota Rela namun, cadangan tersebut perlu diluluskan Kementerian Kewangan terlebih dahulu.

“Jumlah peruntukan untuk Rela sekarang ini sebanyak RM40 juta setahun dan sekiranya kenaikan dilakukan ia melibatkan pertambahan RM10 juta. Saya fikir kadar itu tidak terlalu melampau.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, bila cadangan itu perlu diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan saya tidak pasti bila (diluluskan) namun, kita akan mulakan dengan kadar segera. Saya sendiri akan menghantar surat kepada Menteri Kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Rela ke-47 peringkat kebangsaan 2018 di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Aziz Jamman; Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah Rela, Zulkifli Abidin.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, beliau berharap cadangan kenaikan elaun Rela itu dapat diluluskan dan dilaksanakan pada tahun ini.

Jelasnya, sekiranya Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa belanjawan pada tahun ini telah ditetapkan, beliau akan memohon agar kenaikan itu dapat dilaksanakan pada tahun depan. 

Berdasarkan rekod, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan kenaikan elaun anggota Rela pada kadar sama pada bulan Mac tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×