MPSJ periksa 206 premis makanan Januari lalu - Utusan Malaysia

MPSJ periksa 206 premis makanan Januari lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA 27 Feb. – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mempertingkatkan usaha penguatkuasaan ke atas premis makanan di kawasan pentadbirannya bagi memastikan semua peraturan yang ditetapkan dipatuhi peniaga.

Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohd. Zulkurnain Che Ali berkata, sepanjang Januari lalu, sebanyak 206 premis makanan diperiksa dan pihaknya mendapati 93 daripadanya mendapat gred B iaitu sebanyak 45.15 peratus.

“Sebanyak 88 notis tawaran kompaun atas pelbagai kesalahan seperti tiada sijil latihan pengendali makanan, tiada suntikan typhoid dan tidak menjaga kesihatan diri dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan MPSJ 2007.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hanya sebanyak 2.43 peratus atau lima premis makanan ditutup kerana mendapat gred D setelah pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Penuh MPSJ Februari 2019 di Bangunan MPSJ, di sini hari ini.

Mohd. Zulkurnain berkata, sepanjang 2018 sebanyak 1,743 premis makanan diperiksa dan 761 premis (43.66 peratus) daripada jumlah itu mendapat gred B.

Sehubungan itu, pihaknya menyasarkan sebanyak 50 peratus premis makanan yang beroperasi di kawasan pentadbirannya akan mendapat gred A dan B pada tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN