MPSepang santuni masyarakat Orang Asli - Utusan Malaysia

MPSepang santuni masyarakat Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 8 Feb.- Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) telah mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di perkampungan Orang Asli di Sungai Tiang, Royal Belum pada 25 Januari lalu.

Menurut Kenyataan MPSepang, objektif utama program itu ialah untuk memberi sumbangan berupa barang kelengkapan persekolahan seperti beg sekolah, alat tulis dan makanan kepada kanak-kanak Orang Asli.

“Selain kelengkapan sekolah, pihak kami turut menyerahkan pelbagai barangan terpakai yang dikumpul daripada kakitangan MPSepang untuk masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Tiang.

“Yang Dipertua MPSepang, Mohd. Fauzi Mohd. Yatim dan Timbalannya, Muhammad Hafiz Shaari turut menyertai program CSR yang melibatkan sebanyak 32 kakitangan dan pegawai itu,” kata MPSepang dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut MPSepang, perkampungan Orang Asli di Sungai Tiang menempatkan 200 keluarga Suku Kaum Jahai dan pihaknya menggunakan bot laju untuk memasuki perkampungan tersebut.

“Kami turut dibawa melawat kawasan sekitar kampung Orang Asli Sungai Tiang untuk melihat dengan lebih dekat lagi kehidupan orang asli Suku Kaum Jahai di sana,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN