Motosikal bergesel, dua maut - Utusan Malaysia

Motosikal bergesel, dua maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT 7 Feb. – Dua maut sementara empat cedera dalam kemalangan membabitkan lima motosikal yang disyaki berpunca akibat pergeselan salah sebuah motosikal dengan sebuah motosikal lain di Kilometer 40 Jalan Lumut-Ipoh, awal pagi ini.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 1.10 pagi itu menyebabkan Aidil Hakimie Abd Latid, 19, yang membonceng motosikal jenis Modenas Dinamik, maut di tempat kejadian sementara penunggang iaitu abangnya, Muhamad Saufi, 22, seorang anggota tentera, mengalami pendarahan di kepala.

Seorang lagi mangsa, Syed Muhammad Badrul Amin Syed Mohd Nasir, 23, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Changkat Melintang, di sini.

Dua penunggang motosikal lain yang berusia 20 dan 25 tahun, masing-masing patah ta­ngan kanan dan kaki kanan sementara seorang lagi berumur 21 tahun, mengalami luka-luka ringan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Moha­mad Zainal Abdullah berkata, siasatan awal mendapati ke­semua motosikal terlibat datang dari arah sama iaitu dari Durian Kudung menghala ke Bota.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×