Mohon takaful CuepacsCare, CuepacsPA secara online - Utusan Malaysia

Mohon takaful CuepacsCare, CuepacsPA secara online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pusat Khidmat Pemasaran MyCuepacsCare (MyCuepacsCare) melancarkan sistem permohonan secara online bagi Program Takaful Penjawat Awam CuepacsCare dan CuepacsPA untuk memudahkan kakitangan kerajaan menyertai program perlindungan takaful tersebut.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhid­matan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, sistem tersebut dilancar pada awal Januari dan boleh diakses melalui www.cuepacscare.my.

Jelasnya, MyCuepacsCare te­lah menerima lebih 2,000 permohonan daripada penjawat awam menerusi sistem online bagi menyertai program takaful itu yang diasaskan CUEPACS dengan kerjasama Medicare Assistance Sdn. Bhd. pada 1999.

“Permintaan penjawat awam untuk menyertai program taka­ful ini amat tinggi, namun mereka mungkin tidak mempunyai masa untuk bertemu dengan wakil pemasaran atau hadir ke pejabat Medicare bagi mengambil borang disebabkan kekangan kerja.

“Setelah memohon secara online, MyCuepacsCare akan menghantar borang lengkap kepada penjawat awam melalui perkhidmatan pos untuk diisi,” katanya.

Menurut Azih, program taka­ful berkenaan dilancarkan sebagai alternatif kepada penjawat awam mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta pada kadar mampu selain menyediakan perlindungan untuk sebarang kemalangan yang tidak dijangka.

Katanya, melalui inisiatif itu penjawat awam ditawarkan takaful penghospitalan dan pembedahan serendah RM32 sebulan melalui CuepacsCare, manakala kadar RM6 sebulan bagi takaful kemalangan diri CuepacsPA memberi perlindu­ngan sehingga RM220,000.

“Kami berharap usaha MyCuepacsCare mempromosikan program takaful ini dapat me­ningkatkan kesedaran kepenti­ngan memiliki perlindungan tambahan.

“Sehingga kini lebih 500,000 penjawat awam telah mendapat manfaat daripada CuepacsCare serta CuepacsPA dan hasrat CUEPACS adalah setiap penjawat awam di negara ini memiliki sekurang-kurangnya satu perlindungan takaful untuk keluarga mereka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×