JAKARTA 14 Feb.- Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman bakal mengadakan lawatan ke Indonesia pada minggu hadapan.
Kunjungan dua hari bermula Isnin itu merupakan lawatan keduanya ke negara berkenaan.
Jurucakap Presiden Indonesia, Johan Budi memberitahu Mohammed akan mengadakan pertemuan dengan Presiden, Joko Widodo pada 19 Februari depan.
Lawatan itu adalah sebahagian rangka kunjungan diplomatiknya ke negara-negara Asia termasuk Pakistan, India dan Malaysia.-AFP










