Misi terdesak buru kemenangan - Utusan Malaysia

Misi terdesak buru kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 26 Feb. – Chelsea mengintai peluang untuk melupakan kekecewaan mereka selepas tumpas kepada Manchester City dalam perlawanan akhir Piala Liga, dengan mene­rima kun­jungan seteru lama Tot­ten­ham di Stamford Bridge, Khamis ini.

Sepakan penalti Raheem Ster­ling telah menafikan pe­luang Maurizio Sarri untuk me­rangkul trofi pertamanya sebagai bos Blues, tetapi salah faham yang berlaku antara pengurus itu dengan penjaga gol, Kepa Arrizabalaga pula yang menjadi tajuk berita utama.

Penjaga gol itu enggan me­ninggalkan padang, sewaktu Sarri cuba melakukan pertukaran pada lewat permainan. Insiden tersebut berlaku ekoran salah faham antara Sarri dan Arrizabalaga, namun, apa yang menjadi perhatian umum kini ialah sama ada penjaga gol yang mencatat rekod pembelian kelab akan mengekalkan posisi ataupun sebaliknya.

EDEN HAZARD
EDEN HAZARD 

Persembahan baik Chelsea di Wembley, sekurang-kurangnya me­manjangkan masa Sarri yang berdepan pelbagai kemelut di barat London. Bagaimanapun, kekalahan kepada Spurs hanya akan menyebabkan segala usaha­nya selama ini menjadi sia-sia.

Tottenham pula berharap dapat menghidupkan kembali harapan memburu gelaran Liga Perdana Inggeris, selepas ditimpa kekalahan mengejut kepada Burnley, Sabtu lalu. Pada ketika, Mauricio Pochettino mengakui membawa gelaran liga ke utara London adalah sukar, dia kini hanya mahu pasukannya bangkit segera di Stamford Bridge. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN