AMSTERDAM 8 Feb. – Kerajaan Belanda yakin Rusia sudah bersedia untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan mengenai pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada 2014. Pasukan penyiasat antarabangsa yang diketuai Belanda menyimpulkan pesawat penumpang yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh oleh pelancar peluru berpandu darat ke udara BUK Rusia. Bagaimanapun, Moscow menafikan sebarang penglibatan dalam insiden terbabit. “Kami berhubung dengan Rusia menerusi…









