MBSA promosi program hari tanpa kenderaan - Utusan Malaysia

MBSA promosi program hari tanpa kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMALAN SIHAT. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam baru-baru ini.

Program itu merupakan inisiatif pihak MBSA untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida yang boleh mencemar alam.

Ketua Bahagian Komunikasi dan Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, inisiatif program itu selaras dengan hala tuju MBSA untuk menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon menjelang tahun 2030.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×