MBPJ buka permohonan dalam talian bazar Ramadan - Utusan Malaysia

MBPJ buka permohonan dalam talian bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan membuka permohonan permit bazar Ramadan secara dalam talian mulai 18 Februari hingga 17 Mac ini di pautan https://elesen.mbpj.gov.my.

PERMOHONAN permit bazar Ramadan MBPJ dibuka secara dalam talian bermula 18 Februari hingga 17 Mac ini. – UTUSAN ONLINE

MBPJ dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, inisiatif itu bertujuan memudahkan pemohon membuat permohonan permit tanpa perlu beratur panjang di kaunter selain dapat menjimatkan masa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di samping itu, pemohon juga boleh mengakses dan membuat permohonan pada bila-bila masa dalam tempoh yang ditetapkan itu,” katanya.

Menurut kenyataan itu, MBPJ juga akan membuka kaunter bantuan permohonan secara dalam talian selama 15 hari waktu bekerja di lobi Menara MBPJ iaitu bermula 18 Februari ini hingga 8 Mac pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

“Orang awam atau peniaga yang ingin memohon permit perlu membawa salinan kad pengenalan, salinan bil elektrik atau bil air terkini, gambar berukuran pasport dan salinan surat atau kad suntikan TY2 yang masih sah tempoh,” katanya.

Dalam perkembangan sama, kenyataan itu memaklumkan, MBPJ memperuntukkan sebanyak 19 lokasi bazar melibatkan 1,486 petak di sekitar Petaling Jaya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×