MB perlu bercakap benar - Saarani - Utusan Malaysia

MB perlu bercakap benar – Saarani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 16 FEB. – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azu­mu diminta berterus terang berhubung kelulusan permit yang diberikan kepada sebuah syarikat bagi memba­ngunkan ladang hutan seluas 400 hektar di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, ini ekoran kenyataan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) semalam yang mengesahkan tidak terlibat dalam kerjasama dengan syarikat yang telah diberikan kelulusan permit tanah.

AHMAD FAIZAL
AHMAD FAIZAL 

Menurut beliau, ini berbeza dengan kenyataan Ahmad Faizal sebelum ini bahawa syarikat tersebut bekerjasama dengan MTIB.

“Lebih banyak beliau (Ahmad Faizal) bercakap, lebih banyak perkara sebenar yang terdedah. Bagi saya ini adalah satu pembohongan kerana beliau mendakwa syarikat diberikan permit kelulusan tanah ada kerjasama dengan MTIB.

“Lebih baik beliau (Ahmad Faizal) bercakap benar, berterus terang dan berkata yang telus mengenai perkara sebenarnya dalam isu ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kenyataan akhbar semalam, MTIB menafikan bekerjasama dengan syarikat yang diberikan kelulusan permit projek perladangan hutan di negeri ini.

Menurut kenyataan itu, setakat ini syarikat berkenaan tidak pernah menghubungi MTIB berkenaan hasrat untuk bekerjasama dalam projek tersebut.

Saarani turut mendedahkan syarikat yang terlibat telah menerima suntikan modal berbayar kepada RM500,000 berbanding RM2 sebelum ini.

SAARANI MOHAMAD
SAARANI MOHAMAD 

Beliau percaya pertambahan modal berbayar dalam jumlah yang besar secara tiba-tiba itu disebabkan pendedahan bahawa syarikat berkenaan diberikan kelulusan permit untuk satu projek yang besar.

“Pertambahan modal berbayar itu dikesan semalam dan ia dibuat hanya selepas pendedahan mengenai modal berbayar syarikat itu yang cuma RM2.

“Ini tidak menghilangkan keraguan terhadap kes ini kerana modal berbayar RM2 syarikat itu menjadi asas kepada pendedahkan kes ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN