SEREMBAN 6 Feb. – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan beliau lebih mengutamakan sekolah Cina swasta selepas menyerahkan sumbangan berjumlah RM450,000 kepada dua sekolah itu baru-baru ini. Jelasnya, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada bajet berjumlah RM3.5 juta yang disediakan kerajaan negeri untuk sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah agama rakyat (SAR). “Itu sudah ada dalam bajet dan tak perlu dipertikaikan. Kita beri sebab kebetulan Tahun Baharu Cina. Bukan…










