KUALA LUMPUR 8 Feb. – Maybank yang akan mengumumkan keputusan kewangan bagi suku keempat 2018 pada 26 Februari ini kekal sebagai pilihan utama RHB Research Institute dalam kalangan bank-bank di Malaysia. RHB Research berkata, untuk itu pihaknya mengulangi saranan ‘beli’ ke atas saham-saham Maybank dengan harga sasaran tidak berubah pada RM11.00 sesaham. “Kami nampak risiko sedikit kekurangan disebabkan oleh pendapatan bukan faedah yang lebih lemah berbanding jangkaan. Namun kualiti aset…










