KUALA LUMPUR 7 Feb. – Mayat tiga sekeluarga yang rentung selepas kereta BMW X3 dinaiki mereka terbabas lalu terbakar di Kilometer 6.9, Lebuh Raya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) kelmarin, dituntut ahli keluarga pada pukul 11 pagi tadi. Mangsa yang maut dikenali sebagai Goh Tian Hing, 44, yang merupakan pemandu kereta berkenaan, ibu pemandu, Saw Yeng Fui, 65, dan bapa pemandu, Goh Soay Sing, 68 tahun. Tinjauan wartawan Utusan Malaysia…










