Mayat lelaki dipercayai dibunuh ditemui di atas lori - Utusan Malaysia

Mayat lelaki dipercayai dibunuh ditemui di atas lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SITIAWAN – Seorang lelaki ditemui maut dalam keadaan terlentang serta berdarah di atas sebuah lori di kawasan parkir kenderaan rumah kedai tiga tingkat di Taman Sejati di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 12 tengah hari sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian. 

“Tiba di tempat kejadian, anggota mendapati mangsa yang dipercayai warga tempatan itu memakai baju T putih, berseluar panjang coklat serta memakai sarung tangan di tangan kanan. 

“Mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dengan kesan darah bertakung di bawah kepala dan badan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Tambah Muhammad Hanif, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan cedera di bahagian kepala mangsa.

“Mangsa juga disyaki telah meninggal dunia lebih dari 24 jam berdasarkan keadaannya. 

“Mayat tersebut kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya. 

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa serta punca kejadian. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN