May benar Parlimen Britain tangguh Brexit - Utusan Malaysia

May benar Parlimen Britain tangguh Brexit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 26 Feb. – Perdana Menteri Britain, Theresa May hari ini menyatakan bahawa beliau akan membenarkan Parlimen mengundi pada 14 Mac ini sama ada untuk menangguhkan Brexit.

Katanya, undian tersebut boleh dilakukan sekiranya ahli-ahli Parlimen membantah kedua-dua perjanjian serta prospek meninggalkan Kesatuan Eropah tanpa persetujuan.

Jelas beliau, jika kedua-dua pilihan itu dibantah, maka kerajaan akan mengadakan undian pada 14 Mac untuk menangguhkan Brexit atau sebaliknya. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini