MAS jadi rakan sukan pertama atlet negara - Utusan Malaysia

MAS jadi rakan sukan pertama atlet negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 28 Feb. – Malaysia Airlines Berhad (MAB) tampil sebagai rakan sukan pertama atlet negara menerusi penajaan RM10 juta setahun selama empat tahun.

Ini selepas termeterainya Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) dalam satu majlis, di sini hari ini.

Pada majlis menurunkan tandatangan pada dokumen MOU itu, KBS diwakili Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail manakala MAB diwakili Ketua Pegawai Perolehan Kumpulan MAB, Ignatius Ong Ming Choy.

Ia turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Kapten Izham Ismail.

“Penajaan ini adalah yang pertama dan terbesar daripada sebuah syarikat korporat tempatan sebagai Rakan Rasmi Program Team MAS.

“Bentuk penajaan itu bagaimanapun masih diperhalusi kedua-dua pihak dan akan dikenalpasti kemudian,” kata Syed Saddiq selepas majlis MOU tersebut.

Namun difahamkan ia penajaan berbentuk tiket penerbangan melibatkan beberapa kejohanan penting peringkat antarabangsa yang disertai atlet negara selain wang tunai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN