Malaysia perlu main peranan aktif konflik India, Pakistan - Utusan Malaysia

Malaysia perlu main peranan aktif konflik India, Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Pas menyarankan Malaysia memainkan peranan aktif dalam meredakan ketegangan di antara India dan Pakistan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, usaha itu boleh dilaksanakan berlandaskan semangat Islam dan hubungan diplomatik di bawah payung ASEAN.

Beliau pada masa sama turut menggesa India dan Pakistan segera ke meja rundingan bagi mencari jalan penyelesaian damai tanpa melibatkan tindakan ketenteraan.

“Pas menzahirkan kebimbangan terhadap konflik yang tercetus di antara India dan Pakistan dalam tempoh beberapa hari ini yang turut memberi kesan kepada keselamatan dan keamanan di rantau Asia Pasifik serta campur tangan asing.

“Pas menyarankan agar Malaysia mengambil peranan yang aktif bagi meredakan ketegangan di antara dua negara berjiran ini yang bermasyarakat majmuk dan beragama Islam melalui hubungan erat yang terjalin di antara Malaysia dan ASEAN bersama India dan Pakistan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hubungan tegang antara India dan Pakistan memuncak selepas berlaku insiden serangan pengebom bunuh diri di Pulwama pada 14 Februari lalu menyaksikan 42 anggota tentera India terbunuh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN