SUBANG JAYA 27 Feb. – Orang ramai dijemput memeriahkan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2019 di Bandar Kinrara Seksyen 5, Puchong, Selangor pada 2 Mac ini.
Program tahunan anjuran pihak berkuasa tempatan itu bertujuan merapatkan lagi hubungan antara pengurusan MPSJ bersama komuniti masyarakat Cina di kawasan pentadbirannya.
Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohd. Zulkurnain Che Ali berkata, majlis yang bermula dari pukul 7.30 malam hingga 10 malam itu diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya persembahan nyanyian dan tarian naga.
“Seramai 2,000 orang pengunjung daripada pelbagai kaum dijangka hadir memeriahkan program tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Penuh MPSJ Februari 2019 di Bangunan MPSJ, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











