MAIPs, MIDF komited lestarikan khidmat sosial - Utusan Malaysia

MAIPs, MIDF komited lestarikan khidmat sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 8 Feb. – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) komited untuk terus melestarikan program khidmat sosial kepada masyarakat.


Kolaborasi bersama antara MAIPs dan MIDF dalam melaksanakan pelbagai program khidmat masyarakat telah bermula sejak 2012 lagi.


Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor berkata, pelbagai inisiatif dan aktiviti secara bersama telah dilaksanakan seperti bantuan pembinaan rumah Murni MIDF, Tadika Islam, bantuan sekolah agama rakyat dan program tusyen percuma.

“Kita cukup optimis bahawa kerjasama ini akan memberikan impak yang amat positif kepada masyarakat,” kata beliau.

Demikian menurut Mohd Nazim selepas mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs yang berkenan menerima kunjungan sembah mengadap oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan juga Ketua Perbankan MIDF, Datuk Charon Wardini Mokhzani di Bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor malam semalam.

Turut hadir ialah Ketua Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN