SAUDARA PENGARANG,
PADA 12 Februari lalu, kira-kira pukul 11 pagi, dua lelaki menaiki sebuah van berhenti di rumah jiran terletak bersebelahan kediaman saya di Taman Dagang Permai, Ampang, Selangor.
Salah seorang daripada mereka keluar dari van sambil memegang sebatang kayu dengan penjerut di hujungnya.
Dia kelihatan cuba menangkap kucing dan anjing yang berkeliaran di situ.
Saya cuma mahukan kepastian sama ada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ada mengarahkan kontraktor berbuat demikian.
Ini kerana saya bimbang kegiatan itu dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
SURI RUMAH
Ampang, Selangor










