Lima taiko dadah tersungkur - Utusan Malaysia

Lima taiko dadah tersungkur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG 14 Feb. – Lima pengedar dadah terbesar di daerah ini terma­suk seorang wanita ditahan polis dalam tiga serbuan berasi­ngan di daerah itu kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Ab­duh Ismail berkata, dalam ser­buan bermula pada 8 pagi hingga 9 malam itu, pelbagai jenis dadah bernilai RM37,069 dirampas.

Menurutnya, dalam serbuan pertama di sekitar Taman Anggerik, polis menahan dua lelaki dan merampas dadah dipercayai jenis ganja seberat 935.89 dengan anggaran nilai RM3,800.

“Pada serbuan ke­dua di bandar Kluang, seorang lelaki ditahan dan polis menemukan dadah dipercayai jenis heroin seberat 1.2 kilogram yang dianggarkan bernilai RM30,925.

“Polis turut merampas dua buah kende­raan masing-masing jenis Proton Wira dan Toyota Innova dengan nilai sitaan dianggarkan bernilai RM32,300,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, dalam serbuan ketiga, polis menahan seorang lelaki dan wanita di sekitar Taman Sri Impian membabitkan rampasan dadah jenis heroin sebe­rat menerusi 93.78 gram bernilai RM2,344.50, polis turut menemukan wang tunai RM500.

Beliau berkata, semua suspek yang ditahan berusia antara 30 hingga 56 tahun itu turut positif dadah masing-ma­sing dua lelaki dipercayai jenis tetra­hydrocannabinol (THC) ma­na­ka­la selebihnya dipercayai positif dadah jenis morfin.

“Kesemua suspek direman selama tujuh hari bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN