Lima agenda Aiman4Semenyih dilancar - Utusan Malaysia

Lima agenda Aiman4Semenyih dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 26 Feb. – Calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali mengumumkan lima agenda dan tekadnya untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kelima-lima agenda berkenaan dinamakan Aiman4Semenyih.

Agenda Muhammad Aiman meliputi Semenyih lestari, Semenyih selamat, Semenyih maju, Semenyih sihat dan Semenyih terhubung.

Menurut Muhammad Aiman, Semenyih lestari adalah untuk memelihara ekosistem di Semenyih sehingga mewujudkan eko-pelancongan yang terbaik manakala Semenyih selamat bagi mengurangkan kadar jenayah domestik.

Agenda Semenyih maju pula bagi memastikan pembangunan ekonomi dilimpahkan kepada rakyat dan Semenyih sihat untuk memastikan kemudahan klinik kesihatan dipertingkatkan selain mewujudkan klinik pintar untuk dinikmati penduduk.

Terakhir adalah Semenyih terhubung bagi memastikan penduduk mendapat perkhidmatan bas dan teksi dengan lebih baik dan cekap. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN