SEPANG 27 Feb. – Mana-mana pemandu yang didapati terlibat dalam kegiatan ulat teksi teksi haram boleh digantung lesen kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pengarah JPJ Selangor, Nazli Md. Taib berkata, hukuman itu merupakan antara cadangan pihaknya di dalam mengekang kegiatan tersebut agar ia tidak berulang lagi pada masa hadapan. Menurut beliau, terdapat klausa undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan kesalahan bagi individu yang menyalahguna lesen memandu.…







