Lepas Salah dapat Dybala - Utusan Malaysia

Lepas Salah dapat Dybala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN 14 Feb. – Juventus mahu me­lakukan pembelian sensasi dengan mendapatkan Mohamed Salah dari Liverpool dan menawarkan Paulo Dybala bersama tambahan 50 juta euro (RM229.01 juta) sebagai sebahagian daripada perjanjian.

Salah, 27, berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam Liga Perdana Inggeris sejak berhijrah dari Roma pada 2017.

Musim lalu, bintang Mesir itu meledak 43 gol dalam semua pertandingan bersama Liverpool dan membantu Reds muncul naib juara Eropah.

Selepas mengharungi 26 perlawanan liga musim ini, Salah berkongsi kedudukan penjaring terbanyak dengan 17 gol bersama penyerang Manchester City, Sergio Aguero.

Akhbar sukan Itali, TuttoSport melaporkan, rundingan untuk menukar Salah dengan Dybala adalah serius kerana Juventus mahu membentuk serangan terbaik bagi digandingkan dengan Cristiano Ronaldo.

Dybala, 26, ditawarkan dalam perjanjian itu kerana Juventus enggan mengeluarkan belanja besar selepas Liverpool dipercayai menuntut 200 juta euro (RM916.04 juta) untuk Salah.

Salah mempunyai kontrak di Anfield sehingga 2023 dan itu bermakna Juventus perlu membayar harga yang tinggi jika mahu mendapatkan khidmatnya.

Selepas mengharungi 33 perlawanan musim ini, penyerang Argentina, Dybala telah meledak lapan gol buat Juventus.

Skuad Old Lady sebelum ini juga mengesahkan bintang tengah Wales, Aaron Ramsey akan menyertai mereka dari Arsenal pada musim panas ini dengan gaji dilaporkan 400,000 pound (RM2.09 juta) seminggu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×