Lelaki punya 15 rekod jenayah ditahan dengan motosikal curi - Utusan Malaysia

Lelaki punya 15 rekod jenayah ditahan dengan motosikal curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 6 Feb. – Seorang lelaki berusia 46 tahun yang mempunyai 15 rekod jenayah ditahan bersama motosikal curi jenis Honda EX5 di Jalan Perubatan, Taman Universiti, Skudai di sini pada awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, suspek ditahan dalam rondaan Ops Cegah Jenayah (OCJ) oleh anggota Balai Polis Taman Universiti, Skudai kira-kira pukul 2 pagi.

“Polis menahan suspek semasa lelaki itu menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan awal mendapati dia mempunyai 15 rekod jenayah lampau,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, hasil siasatan awal juga mendapati, motosikal yang ditunggangnya dilaporkan hilang di Kulai.

Tambahnya, suspek kemudian ditahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Menurut Mohd. Taib, antara rekod jenayah lampau suspek termasuk di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata berkumpulan, Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) dan Seksyen 12 (2) ADB 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×