SUNGAI PETANI – Selain wanita yang sering menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja, kaum lelaki juga tidak terlepas daripada masalah itu dan kebanyakan mereka digoda wanita.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh (gambar kecil) berkata, berdasarkan statistik polis dari 2013 hingga 2017, seramai 257 lelaki dilaporkan menjadi mangsa daripada keseluruhan 1,218 kes gangguan seksual.
“Selebihnya adalah wanita. Memang ada kes gangguan seksual ini melibatkan lelaki yang kadangkala mangsa sendiri malu untuk membuat laporan.
“Mereka takut jika ada pihak yang tidak percaya lelaki pun menjadi mangsa gangguan seksual ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar ‘Pengendalian Gangguan Seksual di Tempat Kerja’ di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Wilayah Utara di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










