Lelaki Myanmar ditahan bawa dadah - Utusan Malaysia

Lelaki Myanmar ditahan bawa dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Myanmar antara lima individu yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Motosikal dan Cegah Jenayah Polis Kuala Lumpur di sekitar ibu negara hari ini.

Operasi yang bermula pada pukul 5 petang dan berakhir pada pukul 7.30 petang disertai oleh 15 pegawai dan 113 anggota polis di 10 lokasi berbeza hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, lelaki yang berusia 33 tahun itu ditahan kerana membawa satu paket dadah jenis Methamphetamine.

“Dia ditahan ketika operasi ini yang dijalankan di Jalan Tun Sambathan di sini.

“Manakala empat lagi individu ditahan masing-masing kerana dikehendaki bagi kes berkaitan dadah, curi motosikal dan menggunakan nombor plat palsu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas operasi tersebut di Jalan Imbi di sini hari ini.

Zulkefly menambah, operasi tersebut menyasarkan 10 lokasi berbeza yang sering menjadi tumpuan masyarakat dan juga sering berlakunya jenayah seperti ragut dan dan kecurian harta benda.

“Kita juga menumpukan kepada motosikal kerana banyak melibatkan kes kecurian dengannya.

“Kemalangan maut juga banyak berlaku yang membabitkan motosikal,” ujarnya.

Operasi tersebut dijalankan di 10 lokasi berbeza secara serentak antaranya Jalan Kepong, Jalan Cheras, Jalan Ipoh, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Tun Razak dan juga Jalan Klang Lama di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN