Lelaki dipenjara enam minggu masuk Singapura secara haram - Utusan Malaysia

Lelaki dipenjara enam minggu masuk Singapura secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 20 Feb. – Seorang lelaki dihukum penjara selama enam minggu dan dikenakan empat sebatan kerana cuba memasuki negara ini secara haram dengan menaiki sampan.

Lapor Channel News Asia memetik kenyataan bersama oleh polis dan Pihak Berkuasa Imigresen Pusat Pemeriksaan (ICA) sebagai berkata, lelaki tersebut, Erpendi, 21, ditahan bersama-sama seorang remaja berusia 16 tahun.

Kedua-duanya ditemukan di perairan luar East Coast Park pada 10 Februari lalu.

Mereka ditahan di bawah Akta Imigresen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN