Lelaki didakwa terima deposit tanpa lesen - Utusan Malaysia

Lelaki didakwa terima deposit tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Seorang lelaki yang sebelum ini pernah didakwa atas pertuduhan menipu dalam satu skim pelaburan didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tham Yik Keong, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Zamri Bakar atas pertuduhan menerima deposit tanpa lesen hampir RM500,000, dua tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Yik Keong didakwa menerima deposit daripada seorang ahli perniagaan, Lew Yoke Fah, 59, berjumlah RM484.635 tanpa lesen sah yang diberikan mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 di RHB Bank Kepong, di sini, antara 22 Mei hingga 2 Jun 2017.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 137(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN