Langkah Nicol tersekat awal - Utusan Malaysia

Langkah Nicol tersekat awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Hajat Datuk Nicol David untuk menutup karier bersama kejuaraan dunia kesembilan tidak kesampaian apabila kandas pada pusingan ketiga Kejohanan SKuasy Dunia di Chicago, hari ini.

Turun sebagai pilihan ke-13, bekas pemain No. 1 dunia itu memulakan saingan dengan langkah kanan apabila memenangi set pertama 11-9, namun dia akhirnya akur kepada pilihan kelima dari Perancis, Camille Serme apabila tewas dengan 4-11, 4-11, 5-11 dalam tiga set berikutnya.

“Permainan pertama sangat penting bagi saya tetapi beliau berjuang dan mendapat rentak dalam perlawanan. Bersaing dengan Camille sangat mengujakan…Camille bermain dengan bagus hari ini. Dia pemain yang hebat,” kata Nicol selepas perlawanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nicol mula bertanding dalam kejohanan itu pada 2001 dan memenangi lapan gelaran – kejuaraan yang paling banyak dimenangi oleh mana-mana pemain wanita. Dia muncul juara pada 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2014.

Baru-baru ini, Nicol mengumumkan akan bersara secara rasmi pada penghujung musim 2018/2019 Persatuan Skuasy Profesional (PSA), Jun tahun ini selepas berkecimpung selama 20 tahun dalam sukan ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN