KKM tubuh task force kaji wajib vaksin - Utusan Malaysia

KKM tubuh task force kaji wajib vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan  (KKM) telah menggerakkan satu pasukan bertindak atau ‘task force’ bagi mengkaji cadangan dan desakan mewajibkan suntikan vaksin di negara ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, pasukan yang diketuai Bahagian Kawalan Penyakit dan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga kementerian itu turut disertai beberapa agensi berkaitan yang lebih komprehensif.

“Task force ini ditubuhkan selepas perbincangan dalam mesyuarat kabinet semalam bagi menghasilkan satu kertas kerja pendirian KKM mengenai cadangan mewajibkan suntikan vaksin imunisasi di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil kajian task force ini diharap dapat disiapkan secepat mungkin…dalam tempoh dua minggu untuk dibincangkan lagi pada mesyuarat kabinet,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Kesihatan dan International Medical University (IMU) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Pengerusi Kumpulan IMU Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman dan Naib Cancelor IMU Prof Abdul Aziz Baba.

Pada majlis itu, dua MoU ditandatangani KKM dan IMU iaitu kerjasama modul latihan dalam talian berkaitan keselamatan penyakit dan pelancaran KOSPEN-IMU.

Dzulkefly berkata, walaupun kementerian cenderung agar kewajiban vaksin dapat dilaksanakan untuk kebaikan semua pihak namun pelbagai aspek perlu diambil kira termasuk sudut undang-undang.

Beliau berkata, perkara mengenai penggubalan atau penambahan rang undang-undang dalam akta sedia ada bagi mewajibkan vaksin itu akan turut dibincang pada mesyuarat Kabinet nanti. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini