JOHOR BAHRU 28 Feb. – Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor terpaksa bertungkus-lumus memadakamkan kebakaran tanah gambut di dua kawasan yang membabitkan keluasan kira-kira 450 hektar.
Salam satu kawasan kebakaran tersebut ialah di Ladang Ifzi, Jalan Penawar ke Punggai, Pengerang yang membabitkan kawasan seluas 445 hektar.

Satu lagi kebakaran ialah di Parit Haji Ramli, Air Papan Tengah, Mersing dengan kawasan yang terjejas seluas empat hektar.

Menurut JBPM Johor, kebakaran di Pengerang itu bermula sejak 24 Fabruari lalu.
Sementara di Mersing pula bermula sejak 25 Februari.


Pihak JBPM Johor telah melakukan pelbagai kaedah bagi mengawal kebakaran tersebut daripada terus merebak. – UTUSAN ONLINE










