Ketiadaan Kane, Alli bukan masalah besar - Utusan Malaysia

Ketiadaan Kane, Alli bukan masalah besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 7 Feb. – Pertahanan Tottenham, Davinson Sanchez yakin pasukannya mampu me­laksanakan misi memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris biarpun tanpa Harry Kane dan Dele Alli yang berehat panjang akibat kecederaan.

Ketika ini Spurs berada di tangga ketiga liga selepas me­ngumpul 57 mata, kurang lima mata daripada pendahulu Manchester City dan pasukan tangga kedua, Liverpool.

Spurs telah mencatat tiga kemena­ngan berturut-turut baru-baru ini dan sembilan mata itu diraih tanpa Kane yang dilanda kecederaan buku lali serta Alli mengalami masalah di bahagian paha.

Kata Sanchez, dia percaya pemain seperti Son Heung-Min, Lucas Moura, Erik Lamela dan Fernando Llorente mampu menjadi sandaran utama kelab itu ketika ketiadaan Kane serta Alli.

“Sudah tentu Kane dan Alli adalah pemain penting buat kami kerana mereka cemerlang bersama kelab ini.

“Bagaimanapun itu bukan bermakna pasukan terlalu bergantung kepada mereka kerana kami masih memiliki ramai pemain yang boleh menyerang dan menghasilkan gol seperti Llorente, Heung-Min, Lucas dan Lamela.

“Dalam masa sama Christian Eriksen juga mampu beraksi di bahagian depan serta menyumbat gol malah pemain seperti Llorente juga telah membuktikan kemampuannya.

“Pasukan juga gembira apabila Heung-Min kembali selepas kempen Piala Asia 2019,” kata Sanchez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×